fbpx

Ahli parlimen Britain letak jawatan selepas ‘kantoi’ tonton video lucah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parish mengambil keputusan meletak jawatan selepas perbuatannya menonton video lucah terbongkar. - The Scottsman

LONDON – Ahli Parlimen Britain, Neil Parish mengumumkan akan meletakkan jawatan selepas mengaku menonton video lucah sebanyak dua kali ketika bekerja, lapor agensi berita United Press International, semalam.

Parish mengeluarkan kenyataan tersebut kepada Badan Penyiaran British (BBC) dan akhbar The Guardian.

Beliau berkata, kejadian kali pertama berlaku ketika beliau cuba mencari laman web traktor sebelum dialihkan ke platform video lucah secara tidak sengaja.

“Kali kedua, ia dilakukan dengan sengaja ketika sedang menunggu giliran untuk mengundi di sebelah dewan.

“Ia adalah satu kesalahan yang bodoh dan saya mungkin hilang kewarasan ketika melakukan perbuatan itu,” kata Parish.

Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berkata, tingkah laku itu tidak boleh diterima sama sekali.

Setiausaha Kesihatan, Sajid Javid pula memuat naik ciapan Twitter bahawa budaya itu perlu diubah memandangkan beberapa contoh tingkah laku yang tidak sesuai dan seksis dilaporkan baru-baru ini di Parlimen.

“Ia adalah perkara yang memalukan.

 “Parlimen adalah premis penjawat awam dan sudah menjadi tugas mereka untuk menunjukkan contoh perwatakan yang baik dan berintegriti,” tulis Javid. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI