fbpx

Kejayaan JDT naikkan moral pemain negara – FAM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT berjaya mencipta sejarah mara ke pusingan 16 terbaik saingan ACL buat pertama kali musim ini. - Foto ihsan Johor Southern Tigers.

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin percayq kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk melakar kejayaaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.

Sebagai rekod, kelab Harimau Selatan itu mencipta sejarah mara ke pusingan 16 Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022 selepas menewaskan Ulsan Hyundai 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan I di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, semalam.

Keputusan tersebut menyaksikan Skuad kendalian Benjamin Mora itu mengesahkan status selaku juara Kumpulan I dengan mengumpul 13 mata.

“Tahniah JDT! Kejayaan ini bukan sahaja mampu menaikkan moral pemain negara untuk mencipta lebih banyak kejayaan di peringkat tertinggi tetapi diharap menjadi contoh terbaik kepada bola sepak negara.

“Terbukti dengan kerja keras serta perancangan yang baik seperti diusahakan oleh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, semuanya membuahkan hasil yang amat membanggakan.

“Kejayaan ini secara tidak langsung akan meningkatkan tahap permainan, kualiti dan mutu bola sepak negara seiring untuk bersaing dengan kelab dari kuasa besar bola sepak Asia,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Hamidin optimis kejayaan manis ini juga mampu menaikkan lagi motivasi pemain JDT untuk melakar kejayaan di pusingan kalah mati yang dijadualkan berlangsung Ogos depan.

“Sememangnya ia kemenangan penuh dramatik tetapi cukup bergaya, membuktikan pemain-pemain cukup berdaya saing,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI