fbpx

Musafir wajib qada puasa jika Ramadan kurang 29 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zulkifli.

PUTRAJAYA – Umat Islam bermusafir di negara yang berpuasa lewat sehari tetapi kemudian tiba di negara yang sudah pun tamat Ramadan diwajibkan ganti lagi bagi mencukupkan 29 hari.

Demikian pandangan tokoh agamawan terkenal, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sebagai menjawab kemusykilan ramai pihak berhubung senario tempoh puasa Ramadan bagi musafir.

“Jika berada di negara yang memulakan Ramadan lambat sehari namun bermusafir di negara yang sudah berpuasa awal, maka wajib dia menyambut Aidilfitri bersama-sama penduduknya.

“Kemudian dia perlulah qada selama sehari setelah tamatnya Ramadan dan Hari Raya Puasa kerana bulan Islam tidak akan kurang 29 hari,” jelas beliau menerusi laman sosial rasminya.

Meskipun tidak menyatakan secara spesifik, pandangan bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu seperti merujuk hantaran tular mengenai sambutan Aidilfitri di negara tertentu yang awal sehari.

Antaranya tangkap layar memo Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London yang memaklumkan tarikh 1 Syawal di Britain sebagaimana ditetapkan pihak berkuasa di negara tersebut pada 2 Mei.

Umat Islam di Britain bagaimanapun mula berpuasa awal pada 2 April lalu dan hari ini mereka sudah menyempurnakan genap 30 hari Ramadan untuk perayaan Aidilfitri keesokannya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI