fbpx

833,000 kenderaan masuk ke Pulau Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, jumlah kenderaan yang memasuki Pulau Pinang sejak Jumaat lalu hingga hari ini dianggarkan mencecah 833,000 buah kenderaan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Pulau Pinang, Superintendan Zafri Zokapli berkata,
secara keseluruhan aliran trafik masih lagi berjalan lancar di kesemua lokasi di negeri ini.

“Bagaimanapun di lebuh raya berhampiran Tol Sungai Dua (dekat Butterworth) kadang-kadang kenderaan dilihat perlahan.

“Anggaran kenderaan masuk ke Pulau Pinang sejak Jumaat adalah sebanyak 833,000 buah kenderaan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sebelum ini, polis Pulau Pinang menjangka jumlah kenderaan yang melalui Pulau Pinang di Seberang Perai untuk menuju kawasan Utara meningkat sehingga 3.6 juta ketika orang ramai pulang ke kampung menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, selain itu, pihak polis juga menjangka kira-kira 1 juta kenderaan akan memasuki Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Zafri berkata, pihak polis menasihati orang ramai agar merancang perjalanan serta memastikan kenderaan dalam keadaan baik.

“Sila beri kerjasama jika berlaku kemalangan dan jangan menggunakan laluan kecemasan serta sentiasa berhemah semasa memandu.

“Pemandu juga perlu memastikan baki tol mencukupi serta mendapatkan rehat yang secukupnya sepanjang perjalanan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI