fbpx

PKBM seru atlet berbasikal berjuang habis-habisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ABU SAMAH

PRESIDEN Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd. Wahab mengucapkan selamat maju jaya kepada skuad berbasikal negara yang akan menggalas tugas menjelang temasya Sukan SEA Hanoi, Vietnam pada 12 hingga 23 Mei ini nanti.

Abu Samah berharap skuad berbasikal negara berjuang habis-habisan sekali gus mampu membawa pulang kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia di pentas Asia Tenggara.

Pada temasya dwitahunan tersebut, PKBM meletakkan sasaran tiga pingat daripada acara lelaki dan wanita dengan satu daripadanya diharapkan dengan kilauan emas terutama menerusi acara lebuh raya.

Menjelang saingan di Hanoi, skuad berbasikal bukit kebangsaan atau MTB menjadi pasukan pertama Malaysia berlepas ke Vietnam untuk menjalani latihan lebih awal di sana sebelum memulakan pertarungan sebenar dari 14 hingga 17 Mei ini nanti di Hoa Binh.

“Bagi pihak Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dan selamat berjuang kepada semua atlet yang akan menyertai pelbagai acara pada temasya Sukan Sea di Vietnam.

“Kepada pelumba-pelumba basikal kebangsaan, saya doakan anda akan pulang dengan kilauan pingat emas khususnya menerusi acara lebuh raya.

“PKBM akan mengharapkan kilauan emas demi memastikan imej sukan berbasikal sebagai antara penyumbang tetap pingat pada temasya Sukan SEA.

“Saya juga berharap semua atlet yang bertanding pada temasya Sukan Sea di Vietnam agar bertanding dengan semangat kesukanan yang tinggi demi mengharumkan nama baik Malaysia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Antara pelumba berbasikal lebuh raya yang dijangka membawa cabaran Malaysia ialah Muhammad Shaiful Adlan Mohd. Shukri, Mohd Harrif Saleh, Muhammad Nur Aiman Rosli, Nur Amirull Fakhruddin Mazuki dan Nur Aiman Zarif.

Pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur, skuad berbasikal lebuh raya negara meraih dua pingat emas, tiga perak dan satu gangsa daripada lima acara dipertandingkan, namun pulang dengan tangan kosong pada 2019 di Filipina. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI