fbpx

Duit di mesin ATM habis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Persedian dan kemeriahan hari raya bagi warga kota sedikit terbantut apabila dikhabarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sudah kehabisan.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai orang yang mengalami masalah ketika ingin mengeluarkan wang mereka apabila rata-rata wang di mesin ATM habis.

Dikhabarkan keadaan ini berlaku sejak Rabu lalu apabila ramai yang telah mengambil wang bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang dijangka Selasa nanti.

Rata-rata orang ramai mula panik dan berharap keadaan ini kembali pulih ditambah pula masih ada lagi warga kota yang tidak bertolak ke kampung halaman hari ini.

“Aku dah pergi beberapa ATM sejak semalam, tambahan yang dalam stesen minyak. Duit memang habis, duit tunai tak ada ni macam mana nak raya,” jelas Zaibidi.

“Memang duit di mesin ATM kering, kalau pergi dekat bank pun kadang-kadang satu mesin ATM sahaja yang boleh digunakan.

“Itupun untuk periksa baki, kalau nak keluarkan duit memang tak boleh, betul-betul raya orang kali ni. Harapnya tak lama lah, kesian macam aku duduk Kuala Lumpur ni,” kata Mad Zaid Ceroi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI