fbpx

Yamaha terdesak kekalkan Quartararo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO terpaksa berjuang sendirian pada GP Malaysia susulan rakan sepasukan, Morbidelli bergelut dengan prestasi. – AFP

JEREZ – Tanda tanya mengenai masa depan Fabio Quartararo bersama pasukan Yamaha Factory Racing akan diketahui pada Jun nanti.

Perkara tersebut didedahkan sendiri Pengarah Urusan Yamaha Motor Racing, Lin Jarvis selepas menjelaskan pihaknya telah me­lakukan perbincangan dan menerangkan kepada Quartararo mengenai situasi yang dihadapi mereka ketika ini.

Tegas Jarvis, pihaknya tidak mampu menyakinkan Quartararo untuk kekal bersama Yamaha dengan pakej jentera tahun ini, tetapi sudah memiliki peranca­ngan bagi musim 2023 dan 2024.

“Kami mempunyai peranca­ngan pada tahun ini terutama bagi mengatasi kekurangan yang ada pada jentera.

“Saya akui, Quartararo tidak akan menandatangani kontrak dengan kami berdasarkan pakej yang dimiliki tahun ini, tetapi dia memiliki kepercayaan mengenai perancangan pasukan pada 2023 dan 2024.

“Yamaha sangat terbuka dan kami mohon maaf kepadanya terutama masalah yang sedang dihadapi ketika ini.

“Kami telah menerangkan perancangan pasukan untuk masa depan. Kami telah menjelaskan keseluruhan proses bermula dari bawah hinggalah ke pengurusan tertinggi.

“Kami tidak mampu membuat sebarang keputusan dalam tempoh seminggu. Namun, saya yakin Quartararo faham bahawa kami akan kembali dengan pakej terbaik tahun depan. Kami yakin segalanya akan selesai pada Jun nanti,” kata Jarvis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI