fbpx

JBM Success, kelab motosikal kongsi rezeki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Junaidi (enam dari kanan) bersama ahli Kelab Motosikal BMW Motorrad Utara mengagihkan 600 pek bubur lambuk di Jalan Langgar, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR – JBM Success Sdn. Bhd. (JBM Success) de­ngan kerjasama Kelab Motosikal BMW Motorrad Utara me­ngagih 600 pek bubur lambuk di Jalan Langgar di sini kelmarin.

Menurut Pengarah JBM Success, Junaidi Che Omar, 41, program itu bertujuan mengeratkan ukhuwah kelab motosikal ber­kenaan yang mempunyai lebih 100 ahli.

“Saya sebenarnya ingin meneruskan tradisi bapa saya, Omar Saad, 69, yang suka mengagihkan bubur lambuk setiap Ramadan. Pada masa yang sama, ini peluang untuk mengeratkan semula silaturahim antara ahli kelab yang agak ‘renggang’ sejak pandemik.

“Alhamdulillah program ini sangat mengujakan kami, semua yang hadir telah mengagih sendiri bubur lambuk ini secara pandu lalu di jalan ini. Sebanyak 600 pek habis dalam tempoh 30 minit sahaja,” katanya ketika ditemui pada program itu kelmarin.

Menurut Junaidi, beliau juga terharu dengan penglibatan ahli kelab tersebut dalam prog­ram berkenaan termasuk turut bersedekah bagi menjayakan agihan bubur itu.

“Ini juga infaq daripada ahli yang terlibat yang diharapkan dapat memberi pahala berganda pada penyumbang sempena Ramadan,” katanya.

Katanya, sebagai ahli kelab tersebut, program agihan bubur lambuk menjadi pencetus kepada banyak lagi program amal selepas ini.

Dalam pada itu, Presiden Kelab Motosikal BMW Motorrad Utara, Mohd. Azam Hasan, berkata, pihaknya teruja kerana setelah lebih dua tahun menyepi disebabkan pandemik, kini ahli kelab kembali melakukan aktiviti bermanfaat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI