JAKARTA – Seorang pengantin baharu menjadi tular di media sosial Indonesia apabila aksinya yang masih makan bersuap oleh ibunya tular di media sosial, lapor laman berita Suara.com, semalam.
Menerusi paparan video itu, lelaki berkenaan baru sahaja selesai menjalani upacara akad nikah, namun dia tidak menuju ke pelamin seperti biasa.
Sebaliknya, pengantin lelaki itu dirakam pergi ke suatu sudut lalu duduk dan menikmati hidangan nasi sambil disuap oleh ibunya.
Paling mengejutkan, lelaki itu membiarkan sahaja isteri yang baru dikahwininya duduk bersendirian di atas pelamin sementara dia menghabiskan nasi yang disuap ibunya.
Perbuatan tersebut menerima pelbagai komen daripada pengguna media sosial yang mendakwa lelaki tersebut adalah versi sebenar anak emak.
“Jika baru berkahwin sudah bersikap begini, nanti bila berlaku perselisihan faham pasti ibunya akan masuk campur sekali,” komen seorang pengguna media sosial.
“Ini pastinya spesies semua hal akan diadukan kepada ibunya,” ujar seorang lagi. – Agensi