fbpx

Bangunan runtuh di China, 23 orang dikhuatiri terperangkap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandangan dari udara menunjukkan penyelamat berusaha mencari mangsa selepas bangunan lapan tingkat runtuh di Changsha. - AFP

BEIJING – Sekurang-kurangnya 23 mangsa masih terperangkap apabila sebuah bangunan lapan tingkat runtuh di bandar Changsha dalam wilayah Hunan, China, lapor akhbar Bangkok Post, semalam.

Bangunan yang menempatkan hotel, panggung wayang dan apartmen itu dipercayai runtuh pada petang Jumaat.

Pihak berkuasa bandar masih belum mengeluarkan sebarang butiran mengenai identiti kesemua mangsa, tetapi berkata bahawa lima orang telah diselamatkan daripada runtuhan tersebut.

Media pemerintah menunjukkan anggota bomba dengan dibantu oleh penggali, memotong lumut logam dan kepingan konkrit, manakala penyelamat menjerit memanggil mangsa di sekitar serpihan dengan harapan ada yang terselamat.

Tiada punca awal kejadian yang diberikan oleh pihak berkuasa walaupun spekulasi menyebut mengenai kemungkinan terlalu banyak kerja-kerja pembinaan dilakukan di kawasan tersebut.

“Penyewa telah membuat perubahan struktur pada premis itu pada tahap yang berbeza-beza,” kata media tempatan.

Presiden Xi Jinping telah menggesa pencarian mangsa disegerakan dalam keadaan apa pun sambil menambah beliau telah mengarahkan siasatan menyeluruh mengenai punca runtuhan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI