fbpx

Trafik sesak 150 km menghala ke utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik perlahan di Slim River dan Bidor ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Utara-Selatan dilaporkan sesak sepanjang 150 kilometer (km) berikutan pertambahan kenderaan sejak pagi tadi.

Menurut jurucakap PLUS Malaysia Berhad (PLUS), setakat pukul 1 tengahari, keadaan trafik dari Slim River ke Sungkai merupakan antara laluan paling terjejas dan para pengguna dinasihatkan untuk merancang perjalanan dengan sebaiknya.

Katanya, peningkatan aliran trafik itu juga adalah susulan pemberian tol percuma dan diskaun tol kepada Keluarga Malaysia bersempena sambutan Aidilfitri seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Isnin lepas.

“Bagi laluan menghala ke selatan pula, kesesakan sepanjang 12 km dilaporkan berlaku dari Bandar Ainsdale ke Seremban dan di Putra Mahkota menuju ke Nilai keadaan trafik perlahan sejauh 8 km.

“Trafik di lain-lain kawasan menghala ke selatan masih lancar dan dalam keadaan terkawal kecuali dari Skudai menuju ke Senai Utara yang bergerak perlahan,” ujarnya.

Sementara itu, menerusi laman web Lembaga Lebuhraya Malaysia setakat pukul 3 petang, trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak turut dilaporkan perlahan dan mengalami kesesakan sepanjang 21 km dari Gombak ke Genting Sempah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI