fbpx

‘Inilah Aidilfitri paling bermakna apabila dapat bersama anak-anak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Esah melayani cucunya yang pulang untuk menyambut Aidilfitri di rumahnya di Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Ketibaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat seorang wanita warga emas, Esah Zaiton Abdul Rahman, 85.

Menurut wanita itu, Aidilfitri tahun ini cukup istimewa memandangkan semua tujuh anak dan serta puluhan cucu dan ci­citnya dapat berkumpul semula di rumahnya di Pulau Rusa di sini.

“Raya dua tahun berturut-turut bagaikan tidak lengkap apabila empat daripada tujuh anak saya yang menetap di Selangor dan Johor tidak dapat bersama pada pagi raya.

“Memang mereka pulang ke kampung setelah rentas ne­geri dibenarkan pada bulan Oktober tahun lalu, tetapi perasaan bersama anak, cucu dan cicit di pagi raya amat istimewa dan sukar digambarkan,” katanya ketika ditemui di Pulau Rusa di sini semalam.

Esah Zaiton berkata, sebelum ini, dia hanya berhubung dengan anak, cucu dan cicit yang berada di luar Terengganu menerusi panggilan telefon dan video.

Tambahnya, walaupun sedih, dia tetap akur kerana kekangan pandemik Covid-19.

“Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat istimewa kerana kami sekeluarga dapat kembali bermaafan dan berpelukan bersama.

“Saya juga akan sediakan hidangan nasi minyak dan gulai daging untuk kami nikmati bersama pada pagi 1 Syawal ini,” katanya yang percaya sambutan Aidilfitri tahun ini bakala lebih meriah dan bermakna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI