fbpx

Boss James berjaya puasa sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Boss James turut cuba bersahur bersama pekerjanya.

PETALING JAYA – Pensohor media sosial terkenal, Boss James akui cuba untuk berpuasa seperti masyarakat Islam yang lain.

Boss James melalui media sosialnya turut berkongsi tiga perkara yang perlu dilakukan dan tiga perkara yang tidak perlu dilakukan ketika mengerjakan ibadah puasa.

“Tiga benda yang tidak boleh kita buat masa puasa ialah mengumpat, tahan makan dan minum serta tahan nafsu dalam diri.

“Manakala tiga benda yang perlu dilakukan ketika berpuasa adalah banyakkan ibadah, banyakkan bersedekah dan paling penting banyakkan berdoa,” ujar James.

Menerusi satu lagi klip video, ternyata James berjaya dalam cubaan puasanya selama sehari dan dia juga berpuas hati selapas kejayaannya itu.

Dalam pada itu, orang ramai juga mengucapkan tahniah kepada usahawan berbangsa Cina itu dan mengharapkan pintu hatinya terbuka untuk terima hidayah.

“Aku memang ikut Boss James ni, ternyata dia buktikan tiada langsung masalah bangsa. Dua juga majikan yang bagus dengan anak buahnya.

” Berharap agar Boss James mendapat hidayah dan teruskan berbuat baik sesama manusia, ” jelas Azman Hamat.

“Terbaik boss, awak dah buktikan yang awak mampu untuk menjadi contoh kepada orang ramai, terbaik, ” jelas Yuji Kitaro.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI