fbpx

Azizulhasni dedah terkena serangan jantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZULHASNI mengakui dia mula merasai kesakitan di bahagian dada pada awal Februari sebelum membuat pemeriksaan lanjut dan disahkan mengalami AAORCA

KEJUTAN besar menimpa jaguh berbasikal negara, Datuk Mohamad Azizulhasni Awang selepas disahkan mengalami masalah jantung yang berisiko tinggi menyebabkan degupan terhenti secara mengejut.

Pemenang pingat gangsa dan perak Olimpik Rio 2016 dan Tokyo 2020 itu mengakui dia terkejut apabila dimaklumkan mengalami anomalous aortic origin of right coronary artery (AAORCA) sebelum memutuskan melakukan pembedahan pada 21 April lalu.

Azizul menegaskan, pada mulanya tidak mengetahui dia mengidap penyakit tersebut selain mula berasa sakit di bahagian dada sejak menjalani latihan pada awal Februari lalu.

Bagaimanapun, Azizul bernasib baik kerana menjalani pemeriksaan awal dan merujuk situasi berkenaan kepada pakar perunding jantung kardiologi di Melbourne iaitu Dr. Barveen Aisha Abu Baker bagi menjalani pemeriksaan dan ujian yang lebih teliti.

“Bila dapat tahu saya disahkan mengalami masalah anomalous aortic origin of right coronary artery (AAORCA), saya agak terkejut kerana ini bukan benda yang boleh buat main-main.

Atlet kelahiran Terengganu itu mengakui, dia terpaksa melakukan pembedahan segera memandangkan penyakit berkenaan mampu bertambah parah dan berisiko tinggi terkena serangan jantung.

Ketika ditanya mengenai kariernya, Azizul menjelaskan dia tidak mahu terburu-buru dan mahu fokus sesi pemulihan.

“Sekarang ini bukan waktu untuk mengejar masa kerana saya mahu fokus dan bagi baik betul-betul dalam tempoh tiga minggu hingga enam bulan.

“Kalau dapat kebenaran dari pihak pakar untuk menjalani latihan dan dari situ kita akan lakukan persediaan untuk fikir program latihan dan sebagainya,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI