fbpx

Ribut petir, hujan lebat di 9 negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan sembilan negeri di semenanjung petang ini.

MetMalaysia dalam laporannya berkata, cuaca buruk tersebut dijangka berlanjutan sehingga pukul 5 petang nanti.

“Di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang membabitkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Di Perak pula membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak,” katanya.

Selain itu, jelasnya, amaran sama turut dikeluarkan bagi keseluruhan kawasan di Perlis, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Turut terlibat iaitu Besut dan Setiu di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong, Temerloh, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Sementara di Selangor, hujan lebat dijangka melanda Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat,” ujarnya.

Tambah MetMalaysia, keadaan sama turut dijangka berlaku melibatkan Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan serta Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI