fbpx

Budak ‘jari tengah’ kini jadi pelakon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kanak-kanak lelaki dari Thailand ini kini sudah bergelar pelakon.

PETALING JAYA – Jika anda seorang yang sentiasa mengikuti perkembangan di media sosial, ternyata raut wajah kanak-kanak lelaki ini biasa anda lihat.

Kanak-kanak lelaki Melayu yang berasal dari Selatan Thailand ini merupakan individu yang begitu popular selepas videonya viral ke seluruh dunia.

Namun, kemasyhurannya adalah kerana menunjukkan isyarat jari tengah sehinggakan pengsohor terkenal dari Perancis, Kabe Lame turut menghasilkan video berkenaan kanak-kanak ini.

Difahamkan ketika ini, kanak-kanak lelaki tersebut sudah menjadi pelakon dalam beberapa klip video pendek di negaranya.

Ternyata selepas terkenal melalui rakaman sebelum ini, dikhabarkan rezekinya sebagai pelakon juga tidak putus-putus.

“Katanya dekat Thailand kalau orang jumpa budak ni memang takut, mesti dia bagi isyarat jari tengah.

“Namun kali ini banyak video yang dia berlakon dah ok, siap bagi simbol ‘love’ lagi. Baguslah orang yang mendidik dia, ” ujar Paan Lemau.

“Mungkin dia sebelum ini tidak tahu makna simbol tu, main bagi sahaja pada orang yang rakam video dia.

“Kali ni harapnya biarlah jadi rezeki dia tolong keluarga, dia yang baik-baik pada budak ini, ” jelas Fara Hanan.

Sebelum ini, rakaman budak lelaki tersebut tular di media sosial selepas aksinya yang membonceng motosikal bersama ibunya dirakamkan oleh seorang pengguna media sosial lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI