PETALING JAYA – Pelakon yang juga isteri kepada pemain kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Haziq Nadzli iaitu Eyra Hazali selamat melahirkan bayi kedua di sebuah pusat perubatan semalam.
Bayi lelaki yang dilahirkan sekitar pukul 6.18 petang itu bagaimanapun dilahirkan sebagai bayi pra matang.
“Alhamdulillah syukur. Hero kedua kami lahir pada hari Jumaat, 28 April 2021 pukul 6.18 petang.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” kongsi Eyra atau nama sebenarnya, Hazirah Qasdina Hazali yang turut menyertakan sekeping gambar keluarga kecilnya bersama cahaya mata terbaharunya dalam Instagram.
Terdahylu , Kosmo! Online melaporkan Eyra berdepan detik cemas apabila bayi kedua dalam kandungannya tidak bergerak dan tidak memberikan sebarang respons.
Katanya, dia juga terpaksa ditahan di hospital beberapa jam untuk diberikan rawatan susulan kejadian tersebut sebelum dibenarkan pulang.
Januari lalu, Eyra, 23, yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Puteri Yang Ditukar membuat pengumuman mengenai kehamilan keduanya menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram.
Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan hasil perkongsian hidup mereka, mereka dikurniakan dua zuriat termasuk yang sulung, Muhammad Hayder Qalish. – KOSMO! ONLINE