PETALING JAYA – Satu perkongsian menarik yang dipaparkan oleh seorang pemuda yang berkongsi perjalanan balik raya ke Kelantan menggunakan kereta api.
Menerusi akaun Facebook Redzuan Abd. Manaf yang juga kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) jelasnya, ini pengalaman pertama kalinya balik ke Pantai Timur menggunakan kereta api.
“Ini kali pertama paksu balik Kelantan naik kereta api untuk sambut Hari Raya Aidilfitri. Pengalaman dia memang seronok gila dan sangat berbeza sekali.
“Walau hampir 16 jam lebih paksu kat dalam ini tapi suasana meriah dia tu lain macam (dah macam berkumpul dengan adik-beradik sendiri).
“Chillex koc antara tempat paling best dan paksu sangat mencadangkan untuk korang cuba sendiri Nanti. Dan buffet koc dia memang sempoi nak mati, ” jelasnya.
Tambahnya lagi, perjalanan tersebut lebih menarik apabila kakitangan yang bekerja sangat dedikasi.
“Paksu memang salute dan tabik lima jari. Lepas raya ni ada satu trip balik KL (cepat beli tiket sebelum habis lagi), ” ujarnya. – KOSMO! ONLINE