fbpx

Peluru meriam cetus panik di lapangan terbang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SITUASI panik berlaku apabila seorang pengembara salah faham akan perkara itu dan menjerit bahawa terdapat tembakan pengganas. - CEN

TEL AVIV – Sebuah keluarga dari Amerika Syarikat mencetuskan situasi panik di lapangan terbang utama Israel apabila mereka menunjukkan peluru meriam tidak aktif semasa prosedur pemeriksaan keselamatan, lapor akhbar The Guardian semalam.

Peluru meriam tidak meletup itu ditemui ketika keluarga berkenaan melawat Bukit Golan dan mereka mengambilnya untuk dibawa pulang sebagai cenderamata.

Klip video yang tersebar di media sosial memaparkan penumpang yang panik bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam insiden itu di Lapangan Terbang Ben Gurion, dekat Tel Aviv pada Khamis lalu.

Pihak berkuasa lapangan terbang berkenaan berkata, seorang lelaki dimasukkan ke hospital kerana kecederaan yang dialami ketika dia cuba melarikan diri dengan memanjat mesin pengimbas bagasi.

Menurut akhbar The Jewish Press, semasa perjalanan keluarga itu di Golan Heights, seorang anak mereka menemui peluru meriam tersebut.

Menurut pihak berkuasa Rejim Zionis, keluarga itu dibenarkan untuk menaiki pesawat selepas disoal siasat oleh kakitangan keselamatan yang mengisytiharkan keadaan adalah selamat.

Israel yang mempunyai kawalan keselamatan penerbangan yang tinggi telah bertempur dengan Syria untuk merebut Bukit Golan semasa perang pada tahun 1967 dan 1973. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI