fbpx

TFC halang kebangkitan NSFC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain TFC meraikan kejayaan selepas menewaskan NSFC pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak kelmarin.

Oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Mohd. Nafuzi Zain memuji barisan pemainnya yang ampuh menghalang kebangkitan Ne­geri Sembilan FC (NSFC) sewaktu kemenangan 2-1 pada pusingan pertama Piala FA kelmarin.

Beliau mengakui pasukannya sukar untuk meneruskan penguasaan pada babak kedua apabila pelawat lebih banyak memberi tekanan memburu gol penyamaan.

“Kami bermain lebih baik pada separuh masa pertama, namun kadang-kadang saya nampak pemain bergelut untuk mengekalkan tempo dan corak permainan.

“Banyak peluang dicipta sehinggalah kesilapan ketika berdepan situasi bola mati menyebabkan pasukan lawan menya­makan kedudukan dan telah menaikkan semangat mereka,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.

Nafuzi berkata, NSFC telah melancarkan serangan bertali arus dan meningkatkan tekanan pada babak kedua, namun pemain-pemainnya berjaya menye­rapnya dengan baik.

Jelas beliau, tentangan se­ngit daripada NSFC sudah diduga kerana mereka dibarisi pemain berpengalaman walaupun baharu dalam saingan Liga Super.

Dalam pada itu, Nafuzi optimis ketua pasukannya, Kipre Tchetche mampu meningkatkan prestasi bagi membentuk gandingan berbisa bersama Kpah Sherman di bahagian serangan.

Jelasnya, prestasi penyerang kelahiran Ivory Coast itu belum membimbangkan meskipun bermula perlahan dan masih tercari-tercari rentak dengan hanya meledak satu gol setakat ini

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI