fbpx

Pejabat HASiL tutup 1 hingga 4 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan ditutup beberapa hari bersempena dengan sambutan Hari Pekerja dan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022.

Menurut kenyataan dikeluarkan HASiL, semua pejabat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu akan ditutup bermula 1 hingga 4 Mei 2022.

“Sementara itu, bagi negeri Kelantan dan Terengganu pula ia akan ditutup bermula 1 Mei 2022 5 Mei 2022.

“Dalam tempoh penutupan ini, para pelanggan disarankan untuk melakukan urusan berkaitan HASiL secara dalam talian bagi mengelakkan sebarang kesulitan,” katanya tadi.

Jelasnya, pembayar cukai boleh mendapatkan maklumat dan perkhidmatan yang disediakan melalui Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI