fbpx

Taman negara di Thailand pos sampah pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail bertarikh 9 Oktober 2019 menunjukkan pemandangan sebuah jeram di Taman Negara Khao Yai, Thailand.

BANGKOK – Pengotor yang m­elawat taman negara di Thailand akan mendapat ‘hadiah’ tidak dijangka iaitu sampah sendiri apabila pulang nanti.

Menurut akhbar South China Morning Post, selepas sebila­ngan pengunjung meninggalkan sampah sarap di Taman Negara Khao Yai dekat Bangkok hujung minggu lalu, Menteri Alam Sekitar,

Varawut Silpa-archa bertindak mengutip sampah itu, membungkus dan menghantarnya kembali kepada pelaku menerusi khidmat mel.

“Kami mengutip dan meletakkan sampah anda ke dalam kotak dan menghantarnya ke rumah anda. Ini pengajaran buat anda supaya tidak membuang sampah merata-rata,” kata nota yang disertakan bersama mel tersebut.

Setiap pengunjung perlu berdaftar dengan pentadbiran taman negara justeru, pihak berkuasa tahu untuk menjejaki mereka selepas menemui sampah dekat khemah yang di­dirikan.

Selain kotak berisi sampah, nama mereka juga akan didaf­tarkan dengan polis tempatan ke­rana melanggar undang-­undang taman negara.

“Adalah berbahaya untuk haiwan seperti rusa jika ia memakan sampah kerana sampah plastik tidak dapat dihadamkan,” kata ketua taman negara berkenaan, Narin Pinsakul.

“Sampah anda, kami akan hantarnya ke rumah anda,” kata Varawut pula dalam paparan di akaun Facebooknya bersama imej menunjukkan botol-botol kosong dan plastik makanan ringan yang diletakkan ke dalam kotak dan sedia untuk dipos.

Varawut turut memberi amaran dalam Facebook bahawa mereka yang membuang sampah boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda sehingga 500,000 baht (RM66,056). – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI