fbpx

Dua maut, nahas dua buah kenderaan bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Alza yang dinaiki lima beranak selepas bertembung dengan sebuah kereta di Kilometer 108, Lebuh Raya Timur - Barat, Jeli semalam. FOTO IHSAN POLIS

JELI – Dua maut dengan seorang daripadanya ditemui di dalam longkang selepas lebih lapan jam apabila kenderaan yang dinaiki mereka bertembung di Kilometer 108, Lebuh Raya Timur – Barat di sini malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, Mohd. Hazlan Ibrahim, 33, yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, pemandu kereta jenis Proton Wira, Muhamad Baijuri Mohd. Shariff, 26, ditemui mati di dalam longkang 10 meter dari lokasi kejadian selepas lapan jam terbabit kemalangan itu apabila dia dipercayai cuba melarikan diri selepas nahas.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, Mohd. Hazlan bersama isteri dan tiga anak berusia setahun hingga lapan tahun sedang dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Jeli selepas berbuka puasa dengan ibu bapanya di Kampung Kalai, Batu Melintang di sini.

“Kereta yang dipandu Muhamad Baijuri dari arah bertentangan dipercayai telah masuk ke laluan MPV Mohd. Hazlan sebelum kedua-dua buah kenderaan itu bertembung.

“Bagaimanapun, Muhamad Baijuri dipercayai cuba melarikan diri selepas nahas itu sebelum dia rebah di dalam longkang kira-kira 10 meter dari lokasi nahas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI