fbpx

Kutipan sampah di Kota Bharu dijangka meningkat 440 tan sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KOTA BHARU – Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menjangkakan akan mengutip sampah domestik sebanyak 390 hingga 440 tan sehari atau 2,800 tan di Kota Bharu dalam tempoh seminggu sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Yang Dipertua MPKB-BRI, Rosnazli Amin berkata, jumlah itu menunjukkan peningkatan apabila pihaknya ketika ini mengutip sampah domestik kira-kira 300 hingga 350 tan sehari pada hari biasa.

Menurutnya, melihat kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, sebanyak 340 tan sehari atau kira-kira 2,400 tan sampah domestik dikutip dalam tempoh seminggu sambutan Syawal.

“Peningkatan jumlah kutipan sampah itu disebabkan kegiatan perniagaan kembali beroperasi selain jangkaan orang ramai pulang ke kampung.

“Kita akui kutipan sampah akan meningkat berikutan kedai makan kembali beroperasi selepas peralihan fasa endemik, berbanding tahun sebelumnya yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurutnya, Rosnazli berkata, sehubungan itu, sebanyak 36 buah melibatkan pelbagai jentera lori akan digunakan untuk mengutip sampah domestik sepanjang bulan Syawal. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI