PETALING JAYA – Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix) telah menyumbang sebanyak RM200,000 sebagai dana awal untuk pembinaan sebuah surau Ara Sendayan, Bandar Sri Sendayan baru-baru ini.
Pengasas dan Timbalan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Lee Tian Hock berkata, sumbangan untuk membina surau tersebut adalah untuk memberi keselesaan kepada komuniti Islam di kawasan tersebut beribadat dengan sempurna dan juga menjalankan pelbagai aktiviti serta program ibadah bersama.
“Kami sangat mengambil berat tentang pembangunan komuniti di bandar baharu yang dibina di sini bersesuaian dengan perkembangan ekonomi dan sosial penduduk,” katanya dalam kenyataan.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Pengerusi Matrix, Datuk Mohamad Haslah Mohamad Amin kepada Pengerusi jawatankuasa pembinaan Surau Ara Sendayan, Taufek Sharom sambil disaksikan oleh Ketua Menteri Negeri Sembilan, Dato Seri Aminudin Harun.
Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan, Ho Kong Soon. -KOSMO! ONLINE