fbpx

Covid-19 : 2,579 kes dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 2,579 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,445,897 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, daripada kes yang dilaporkan semalam, sebanyak enam kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Dalam masa sama, sebanyak 6,055 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,360,061 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (1,180 kes), Kuala Lumpur (376 kes), Pulau Pinang (209 kes), Perak (175 kes), Negeri Sembilan (141 kes) dan Johor (105 kes).

“Seterusnya, Melaka (80 kes), Sarawak (72 kes), Pahang (58 kes), Kedah (57 kes), Sabah (46 kes), Putrajaya (42 kes), Terengganu (16 kes), Kelantan (12 kes), Perlis (sembilan kes) dan Labuan (satu kes),” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, sebanyak enam kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,542 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,521 kes. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI