fbpx

Butik pakaian macam kena ‘rompak’, sikap pengunjung dipertikai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video memaparkan keadaan baju berselerak di atas rak dan lantai di sebuah butik pakaian.

PETALING JAYA – Dalam kesibukan orang ramai membuat persiapan akhir sebelum menyambut Hari Raya Aidilfitri pada minggu depan, sikap ‘keterlaluan’ pengunjung ketika berbelanja dipertikai.

Ini disebabkan, sejak kelmarin tular sebuah video menunjukkan sebuah butik pakaian seperti dilanda ‘tsunami’ apabila kelihatan banyak baju dan pakaian terabur di atas lantai.

Perkongsian seorang pengguna media sosial @syaqiey97 telah mendapat perhatian ramai yang rata-ratanya terkejut melihat keadaan butik tersebut serta mula mempersoalkan adakah yang berbelanja itu adalah manusia atau bukan.

“Ini yang beli manusia ke haiwan, perangai macam tak ada ‘common sense’, tahu lah dah dua tahun tak sambut raya normal, jangan perangi pulak yang dah tak normal,” komen Latifah.

Menerusi kapsyen yang dimuat naik pengirim, dia bertanya sama ada orang ramai yang berkunjung ke butik berkenaan bertujuan membeli-belah atau merompak.

“Mereka ini datang membeli-belah atau merompak,” tulisnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai turut menasihatkan agar setiap individu perlu mempunyai rasa hormat terhadap orang lain.

“Hormat la pada orang lain, kalau kau masuk kedai, kau pilih, kau campak, nanti pelanggan lain yang masuk kedai, kena pilih baju atas lantai pula kah?,” luah seorang pengguna.

“Kalau dulu masa kena Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), orang sibuk ‘panic buying’ barang dapur, kali ini ramai ‘panic buying’ baju raya, orang Malaysia ini memang tak reti bertenang,” seloroh Wan Razid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI