fbpx

Profil YDP MPKS pula dimanipulasi scammer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar scammer menggunakan profil YDP MPKS.

KUALA SELANGOR – Sindiket penipuan pinjaman wang dikesan terus menggunakan taktik profil pihak berkuasa tempatan dengan terbaharu melibatkan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS), Rahilah Rahmat.

MPKS menerusi kenyataannya berkata, pihak tidak bertanggungjawab itu menggunakan gambar Rahilah sebagai profil aplikasi WhatsApp tanpa kebenaran sejak kelmarin.

Katanya, perbuatan itu disedari selepas individu berkenaan menghantar mesej kepada beberapa penerima.

“Penerima itu kemudian menghubungi MPKS untuk mengesahkan nombor berkenaan digunakan YDP atau sebaliknya.

“Justeru, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada hari sama,” kata kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, laporan itu berkaitan penyamaran dan manipulasi imej YDP MPKS bagi tujuan penipuan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI