fbpx

Ighalo wajar dapat peluang lebih besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IGHALO perlu diberi lebih kepercayaan oleh Solskjaer untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan diberikan minit perlawanan yang lebih. – AFP

MANCHESTER – Bekas penyerang Nigeria, Victor Ezeji menggesa pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memberi lebih kepercayaan kepada penggempur pinjamannya, Odion Ighalo.

Ighalo tiba di Old Trafford pada Januari lalu dari Shanghai Shenhua dan telah meledak lima gol dalam lapan penampilan pada saingan Liga Europa dan Piala FA.

Bagaimanapun, dia tidak pernah diberikan peluang beraksi lebih 20 minit setiap kali diturunkan untuk aksi Liga Perdana Inggeris.

Ketika tempoh pinjamannya dilanjutkan sehingga tahun hadapan, Ezeji menasihatkan supaya Ighalo mencari peluang bersama kelab lain jika Solskjaer terus enggan memberikannya peluang membuktikan kemampuan.

“Setiap jurulatih perlu memberikan kepercayaan kepada kesebelasannya dan saya fikir itu juga perlu diberikan kepada Ighalo. Covid-19 tidak membantu Ighalo tetapi tanpa Covid juga saya fikir (Marcus) Rashford akan mengisi posisi penyerang.

“Rashford kini sudah pulih daripada masalah kecederaan dan saya fikir Ole akan lebih memberinya peluang berban­ding Ighalo.

“Anthony Martial berada di puncak prestasi begitu juga Mason Greenwood menyebabkan saya tidak fikir mereka akan di­le­takkan di bangku simpanan ke­rana mahu menggunakan Ighalo.

“Bagaimanapun, kesemua pemain kepercayaan Ole itu adakalanya tidak berada pada prestasi terbaik dalam semua perlawanan dan peluang itu ­perlu diberikan kepada Ighalo.

“Saya fikir adalah suatu yang tidak baik jika anda memperbaharui kontraknya kemudian tidak membenarkannya beraksi lebih 20 minit. Ia menyebabkan pemain itu sendiri hilang keyakinan,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI