fbpx

Kenderaan lalu Jalan Gerik-Jeli meningkat 10 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik semakin sibuk di SJR Batu 6, Batu Melintang dekat Jeli petang semalam.

JELI – Polis menjangkakan peningkatan kenderaan memasuki negeri ini menerusi pintu masuk Jalan Gerik-Jeli meningkat sebanyak lima sehingga 10 peratus hari ini.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Ahmad Arifin berkata, laluan yang menjadi nadi penghubung dari Utara ke Pantai Timur sudah mula menerima pertambahan kenderaan semalam.

“Kita jangkakan, laluan Gerik-Jeli akan kembali sesak seminggu selepas hari raya apabila perantau mula pulang ke tempat masing-masing untuk kembali bekerja.

“Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya mengikut peraturan jalan raya selain merancang perjalanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Ops Selamat Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah Jeli di sekatan jalan raya (SJR) Batu 6, Batu Melintang di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI