fbpx

Zarco gembira prestasi casis baharu Ducati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARCO mengakui casis baharu Ducati membuatkannya lebih selesa dan berikrar mencari penamat terbaik pada setiap perlumbaan. – AFP

LONDON – Pelumba Reale Avintia Racing, Johann Zarco me­ngakui gembira dengan perubahan pada casis baharu pasukannya ketika melakukan sesi ujian di Litar Misano Selasa lalu.

Pelumba Perancis itu me­negaskan dia seakan-akan me­nunggang jentera pasukan utama Ducati selepas merekodkan masa ketiga terpantas dengan catatan satu minit 31.899 saat (s) dan hanya dipisahkan 0.367s dengan pelumba Monster Energy Yamaha, Maverick Vinales yang mencatat masa terpantas pada sesi ujian tersebut.

Meskipun menunggang jentera Ducati GP19, Zarco tampil cemerlang musim ini selepas melakar kejutan apabila me­nempah petak depan dan menamatkan saingan tempat ketiga pada perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech di Litar Brno awal bulan lalu.

“Terima kasih kepada Ducati dan saya sangat gembira kerana mendapat sokongan penuh. Saya telah mencuba casis baharu dan ia sungguh luar biasa.

“Pasukan telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan pelarasan yang cukup sempurna pada sesi latihan di Misano. Saya rasa seperti menunggang jentera pengeluar pada sesi latihan tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarco mengakui dia akan menggunakan casis baharu tersebut pada perlumbaan hujung minggu ini.

“Saya harap kami dapat lakukan yang terbaik pada sesi kelayakan sekali lagi dan dapat memulakan perlumbaan di barisan hadapan,” ujarnya.

Zarco dijangka menyertai pasukan utama Ducati musim depan, namun perlu ber­saing dengan pelumba pasukan Pramac Racing, Francesco Bagnaia bagi mengiringi Jack Miller dalam pasukan Ducati. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI