fbpx

Buat laporan palsu, penganggur didenda RM1,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gara-gara membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan yang kononnya diragut, seorang suri rumah didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini. - NOR AINNA HAMZAH

KUALA PILAH – Gara-gara membuat laporan polis palsu berhubung kehilangan kad pengenalan yang kononnya diragut, seorang wanita yang merupakan penganggur didenda RM1,800 oleh Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, hari ini.

Majistret Saiful Sayoti menjatuhkan hukuman itu ke atas V. Janaki, 50, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan memerintahkannya menjalani hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Janaki didakwa telah memberi kenyataan kepada Koperal Faizzudin Che Mdakhir seorang penjawat awam maklumat bertulis berkaitan kejadian ragut di Pekan Kuala Pilah berhampiran Restoren Hamid yang mana tertuduh ketahui sebagai maklumat palsu.

Hal itu telah menyebabkan penjawat awam berkenaan telah melalulan tindakan tidak sepatutnya diamb jika mengetahui kedudukan atau fakta sebenar.

Tertuduh didakwa melalukan perbuatan tersebut di Balai Polis Kuala Pilah pada 11 April lepas pada jam 1.15 petang.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan satu kesalahan yang boleh dihukum dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya mengenakan denda RM1,800 jika gagal bayar penjara enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Nik Nur Aqilah Syarfa Nik Zaidi manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI