fbpx

Filem pendek raya, ‘Cerita Konar-Konar’ penyeri Syawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
‘Cerita Konar-Konar’ kini disiarkan di semua saluran media sosial Perodua dengan versi 90 saat di slot Buletin Utama TV3, hingga 10 Mei nanti

PETALING JAYA – Sempena Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi syarikat pengeluar kereta, Perodua, menghasilkan sebuah filem pendek diberi judul ‘Cerita Konar-Konar’.

Filem itu mengisahkan tentang seorang watak bernama Ahmad bercerita tentang Moyang Jaafar atau lebih dikenali sebagai Nyang Jaafar, seorang yang suka membantu.

Seiring nilai jenama Perodua iaitu ‘mengatasi segala jangkaan’, Nyang Jaafar sentiasa berusaha melakukan lebih daripada yang diharapkan. Bukan sekadar ringan tulang, malah, dia setia mendengar sesiapa pun yang mahu bercerita padanya tetapi, apabila filem ini menyentuh tentang asal-usul warna ‘luar biasa’ rumah mereka, babak dan jalan ceritanya mula berubah.

Penonton kemudiannya akan mengetahui bahawa pencerita sebenar adalah Ahmad yang kini telah berusia dan rupa-rupanya, cerita yang dikenang asyik ‘konar-konar’ kerana dia dan kakaknya masing-masing mengingati versi berbeza.

Pengurus Besar (Perhubungan & Komunikasi Korporat) Perodua, Sulasi Mahadi berkata, mesej yang ingin disampaikan menerusi filem ini adalah kesungguhan untuk tidak penat melayan karenah.

“Ia dapat dilihat seperti yang ditunjukkan oleh si cucu yang setia mendengar meskipun cerita kerap bertukar, dan inilah yang sering dialami apabila berkumpul bersama.

“Di sinilah letaknya daya tarikan ‘Cerita Konar-Konar’, dan waktu tayangannya menepati situasi hari ini. Setelah sekian lama tidak dapat berkumpul untuk berhari raya, kehadiran seisi keluarga amat dinanti-nantikan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kekecohan dan kegembiraan dalam kehadiran inilah yang ingin dirai dan sampaikan pada rakyat Malaysia, kerana detik-detik beginilah yang menjadikan Syawal begitu bermakna.

Filem hasil kolaborasi antara Spin Communications dan Reservoir Production ini kini disiarkan di semua saluran media sosial Perodua dengan versi 90 saat di slot Buletin Utama TV3, hingga 10 Mei nanti.

Saksikan filem penuh di youtube.com/perodua #CeritaKonarKonar Perodua Raya 2022 – #CeritaKonarKonar. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI