fbpx

Jentera serangan tumpul buat Tuchel rasa kecewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALONSO (kanan) meletakkan Chelsea di hadapan ketika mereka terikat 1-1 menentang United di Old Trafford awal pagi semalam. – AFP

MANCHESTER – Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mengakui jentera serangan tumpul menjadi punca kegagalan pasukannya gagal melakar kemenangan penting selepas terikat seri 1-1 bertemu Manchester United di Stadium Old Trafford awal pagi semalam.

Pada aksi tersebut, ketiga-tiga penyerang pasukan The Blues, Kai Havertz, Timo Werner dan Romelu Lukaku gagal memberikan impak yang diharapkan apabila jaringan hanya diraih menerusi pemain pertahanan, Marcos Alonso.

Kata Tuchel, keputusan tersebut agak mengecewakan, tetapi dari segi taktikal barisan pemain tidak wajar disalahkan kerana telah menerapkan corak permainan seperti yang diarahkan dengan sempurna, cuma nasib tidak menyebelahi pasukan kali ini.

“Secara peribadi, saya agak terkilan dengan keputusan kali ini kerana kami sepatutnya boleh mengutip tiga mata dengan mudah. Namun, jika anda mencipta banyak peluang, tetapi tidak dapat menyudahkannya, ia tidak berguna.

“Malah, saya lihat barisan pemain juga gagal memberikan tumpuan yang diharapkan kerana ketika pasukan berjaya mendahului menerusi jaringan Alonso, kita mudah dibolosi berselang satu minit kemudian dan ia adalah sesuatu yang mengecewakan,” katanya.

Mengulas mengenai prestasi Havertz yang agak bergelut ketika ini, Tuchel mengakui pemain antarabangsa Jerman itu perlu segera menemui rentak serta penyudahnya di atas padang jika mahu membantu pasukan mengekalkan kedudukan ketiga teratas liga musim ini.

“Harus diakui Havertz tidak berada dalam prestasi yang diharapkan ketika ini, tetapi saya tidak mahu menyalahkan mana-mana individu kerana mereka semua telah beraksi banyak perlawanan musim ini. Situasi yang sama juga boleh dikatakan kepada Werner,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI