PETALING JAYA – Aliran trafik di Lebuh Raya Karak-Kuala Lumpur (KLK) dilaporkan mula sesak ekoran pertambahan kenderaan menghala ke pantai timur sejak pukul 2 petang tadi.
Menerusi laman web Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), aliran trafik di lebuh raya terbabit dilaporkan perlahan dari Genting Sempah ke Lentang.
Setakat pukul 3.40 petang, trafik sebelum Plaza Tol Gombak dilaporkan masih sesak dan perlahan sepanjang 9.5 kilometer (KM) dari KM27.7 hingga KM37.2 menghala ke Kuantan.
Sementara itu, di Lebuh Raya Utara-Selatan, keadaan dilaporkan masih dalam keadaan terkawal walaupun terdapat beberapa insiden kemalangan sejak pagi tadi menyebabkan trafik menghala ke utara sedikit perlahan.
Antaranya adalah dari Autocity ke Perai, Sebrang Jaya ke Sungai Dua dan Gua temperung ke Gopeng.
Selain itu, aliran trafik menghala ke selatan dilaporkan lancar dan tiada sebarang insiden berlaku setakat ini. – KOSMO! ONLINE