fbpx

MAIWP peruntuk RM24.4 juta bantuan Aidilfitri buat asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Idris (tengah) menyampaikan replika cek kepada wakil asnaf ketika Majlis Iftar Bersama Asnaf di Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM24.4 juta perbelanjaan diperuntukan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) buat golongan asnaf.

Ia melibatkan lebih 30 ribu penerima di tiga buah Wilayah Persekutuan serta seramai 640 penghuni institusi di bawah MAIWP.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Ahmad berkata, agihan tersebut meliputi bantuan kewangan awal Ramadan serta sebahagian keperluan menyambut Syawal akan datang.

“MAIWP telah meluluskan bantuan Aidilfitri sebanyak RM800 kepada 30,300 penerima bantuan kewangan bulanan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

“RM300 diberikan sebagai persiapan sambut Ramadan, dan RM800 lagi diserahkan pada 22 April lalu bagi menyediakan keperluan menyambut Syawal yang hampir tiba,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Iftar Bersama Asnaf di sini hari ini.

Dalam pada itu, Idris memaklumkan jumlah keseluruhan agihan MAIWP sepanjang bulan Ramadan adalah berjumlah sebanyak RM36.8 juta. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI