fbpx

Kemasukan ke sekolah khusus dibenarkan mulai 13 hingga 16 Mei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan pendaftaran secara fizikal kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 ditetapkan pada 13 hingga 16 Mei ini.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, pendaftaran kemasukan itu akan membabitkan ambilan baharu dan rayuan bagi Tingkatan 1 dan ambilan rayuan bagi Tingkatan 4.

Beliau berkata, ibu bapa boleh menyemak keputusan rayuan bagi kemasukan ke sekolah khusus bagi Tingkatan 1 dan 4 mulai esok.

“Mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada, hanya murid yang sihat sahaja dibenarkan kembali ke asrama dan murid yang bergejala dikehendaki melaksanakan ujian kendiri Covid-19.

“Jika ujian saringan didapati negatif, murid perlu memakai pelitup sepanjang masa di institusi pendidikan dan jika positif, murid perlu menjalani pengasingan di bilik asrama atau di bawa pulang oleh ibu bapa,” katanya.

Katanya, selaras kelonggaran SOP berkaitan Covid-19 diumumkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam, ibu bapa juga dibenarkan melawat anak di asrama mulai 1 Mei ini. –  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI