fbpx

KPDNHEP buka 9 kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander menunjukkan tanda ingatan yang diletakkan bagi mengingatkan pengguna khususnya pemilik kenderaan bernombor plat asing.

JOHOR BAHRU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membuka sembilan kertas siasatan terhadap pengusaha stesen minyak susulan penjualan petrol bersubsidi RON95 kepada kenderaan asing dari Singapura.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, siasatan itu dijalankan ekoran 18 aduan awam yang diterima pihaknya sejak pembukaan sempadan darat Johor-Singapura sejak 1 April lalu.

Beliau berkata, sejak awal pembukaan pintu sempadan, tular gambar di media sosial dan aplikasi WhatsApp menunjukkan kenderaan bernombor plat asing khususnya dari Singapura mengisi petrol bersubdisi RON95 di sekitar negeri ini.

“Susulan daripada itu, sebanyak 18 aduan awam berhubung perkara ini diterima. Daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kertas dibuka untuk siasatan lanjut mengikut Akta Kawalan Bekalan 1971.

“Sembilan pengusaha stesen minyak di negeri ini telah dipanggil KPDNHEP Johor untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan. Siasatan juga merangkumi percakapan daripada pekerja dan rakaman kamera litar tertutup ( CCTV),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan kerja di Stesen Minyak Petronas Jalan Lingkaran Dalam, di sini hari ini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI