fbpx

PSG sudah bersedia lepaskan Neymar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR masih memiliki kontrak bersama PSG sehingga 2025, namun kelab itu sedia melepaskan khidmatnya. – AFP

PARIS – Kelab gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) bersedia untuk menjual pe­nyerang sensasi mereka, Neymar de­ngan harga ‘lelong’ sebanyak £76 juta (RM415.2 juta) kepada pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada jendela perpindahan, Jun depan.

Sebagai rekod, Neymar masih kekal sebagai pemain termahal dalam sejarah bola sepak dunia selepas PSG mendapatkan khidmatnya pada musim 2017 dengan membayar dana perpindahan sebanyak £198 juta (RM1.08 bilion) daripada kelab Barcelona.

Meskipun Neymar berjaya menjaringkan 98 gol daripada 141 perlawanan, namun penyerang antarabangsa Brazil itu masih gagal membantu pasukan merea­lisasikan hasrat untuk menjuarai trofi Liga Juara-Juara.

Situasi tersebut menyaksikan kelibat Neymar dikritik hebat oleh penyokong setia PSG meskipun pemain berusia 30 tahun itu sebelum ini kekal dengan pendirian mahu menghormati kontraknya yang akan tamat pada 2025.

“Saya tidak berada dalam tekanan meskipun sering dikritik di atas padang oleh penyokong PSG sendiri. Buat masa ini, saya fokus untuk membantu pasukan dan kekal di sini sehingga kontrak berakhir tiga tahun lagi,” kata Neymar yang membantu pasukan menjuarai Ligue 1 baru-baru ini.

Selain Neymar, beberapa lagi pemain yang bakal ‘dibuang’ oleh PSG adalah Julian Draxler, Layvin Kurzawa, Leandro Paredes dan Thilo Kehrer selain nasib ketua jurulatih, Mauricio Pochettino masih belum diketahui.

Namun, PSG masih berhasrat untuk mengekalkan khidmat pemain utama, Kylian Mbappe meskipun kontrak penyerang antarabangsa Perancis itu akan berakhir pada penghujung musim ini dengan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid menjadi destinasi pilihannya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI