fbpx

Dua beradik disyaki didera bapa tiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

ALOR SETAR – Keprihatinan seorang guru bertanyakan mengenai kesan lebam pada muka pelajarnya kelmarin, membongkar penderitaan dihadapi dua beradik yang disyaki didera bapa tiri mereka selama ini.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, perbuatan suspek berusia 33 tahun itu terbongkar apabila guru di sebuah sekolah di daerah ini ternampak kesan lebam pada pipi pelajar perempuan berusia lapan tahun.

Menurut Ahmad Shukri, pelajar terbabit memaklumkan bahawa kesan lebam tersebut akibat dipukul oleh bapa tirinya.

“Guru itu lalu memanjangkan perkara tersebut kepada guru kaunseling serta pentadbiran sekolah yang merujuknya kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Alor Setar.

“Pihak JKM yang datang ke sekolah lalu membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, susulan itu, adik perempuan mangsa yang berusia enam tahun turut dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dipercayai akibat dipukul,” ujarnya.

Tambahnya, mangsa pertama didapati mengalami luka di kepala dan bengkak selain lebam di kedua-dua pipi.

Selain itu katanya, kanak-kanak berusia lapan tahun itu juga mendakwa ditendang oleh bapa tiri di belakang hingga menyebabkan lebam.

“Adiknya turut memiliki kesan parut lama di dahi dipercayai akibat dipukul,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI