fbpx

Quartararo intai podium di Jerez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO melakar kejutan apabila menjuarai GP Portugal sekali gus memimpin carta kejuaraan pelumba ketika ini. – AFP

JEREZ – Selepas bergelut mendapatkan rentak terbaik pada empat perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), Fabio Quartararo melakukan kejutan apabila muncul juara di Grand Prix (GP) Portugal minggu lalu.

Kemenangan tersebut membolehkannya mengambil alih posisi teratas kedudukan pelumba dari Enea Bastianini (Gresini Ra­cing) yang terlibat dalam kemalangan.

Bagaimanapun, Quartararo tidak boleh terlalu gembira memandangkan pelumba Suzuki, Alex Rins berada di kedudukan kedua selepas berkongsi 69 mata apabila tampil konsisten pada setiap perlumbaan.

“Kemenangan di Portimao sememangnya luar biasa dan saya sangat menikmati perlumbaan ini sekali gus meraikan kemena­ngan bersama pasukan.

“Kini saya perlu fokus dan serius agar mampu memberi sebaik yang mungkin untuk berada di podium sekali lagi. Saya tidak akan berputus asa dan bersedia memberi tentangan,” katanya.

Menjelang perlumbaan di Jerez hujung minggu ini, Quartararo dijangka tidak berdepan masalah untuk melakukan kejutan apabila pernah muncul juara pada musim 2020.

Lebih menarik, pelumba Perancis tersebut berjaya me­nempah posisi hadapan empat kali berturut-turut sejak debut 2019 hingga 2021.

“Di Portimao, kami sedikit beruntung karena litar ini cukup sesuai dengan karakter jentera Yamaha. Jerez juga menjadi salah satu trek kegemaran kami dan berharap mampu menunjukkan kekuatan yang kami miliki di sana nanti. Jadi, saya akan ber­usaha memberikan yang terbaik.

“Tahun lalu, kami berpeluang untuk menang jika saya tidak mengalami masalah pada lengan. Tahun ini, kami akan mencuba lagi sebaik mungkin,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI