fbpx

Elak jadi punca orang kena Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
WARTAWAN EKSEKUTIF, AFIQ AL-HAFIZ MAT YUSOF

BULAN suci Ramadan bakal me­labuhkan tirai dalam beberapa hari lagi menandakan bulan Syawal yang dinanti bakal tiba.

Jutaan umat Islam di negara ini akan mula bersesak di jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing dan mengambil kesempatan melepaskan kerinduan terhadap ibu bapa atau saudara mara mereka.

Rancang perjalanan anda sebaik mungkin bagi mengelakkan terperangkap dalam kesesakan dan pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

Sentiasa mengamalkan sikap pemanduan berhemah dan bertolak-ansur ketika berada di atas jalan raya kerana kita tidak mahu kejadian tidak diingini berlaku yang seterusnya meranapkan ‘mood’ hari raya anda.

Bagi mereka yang masih berpeluang berjumpa ibu bapa yang masih hidup, ini merupakan ha­diah terhebat yang dikurniakan dari Allah S.W.T yang memberi peluang kepada kita untuk bernafas sehingga ke saat ini.

Selepas beberapa tahun tidak berpeluang menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan meriah seperti dahulu kala, ini merupakan momen yang sangat dinantikan oleh seluruh umat Islam di negara ini.

Keriuhan suasana di kampung atau di rumah bakal kembali menggamit kenangan indah, setiap penjuru rumah bakal dipenuhi saudara mara yang hadir membantu melakukan persiapan akhir.

Diselangi gelak tawa dan ke­gembiraan menjadikan sambutan itu suatu kenangan yang sa­ngat indah dan sukar diganti.

Umpama bulan jatuh ke riba, pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang dapat dikeluarkan pencarum, sedikit sebanyak membantu memeriahkan sambutan hari raya pada tahun ini.

Kegembiraan sambutan hari raya ini tidak dikecapi oleh semua umat Islam di negara ini, ada yang kurang bernasib baik mungkin kerana kehilangan ahli keluarga, masalah kewangan, per­pisahan atau berada di perantauan.

Namun begitu, ambillah peluang ini untuk menggembirakan hati walau sesukar mana kesulitan yang dihadapi. Sentiasa perbanyakkan kesyukuran kepada Allah S.W.T.

Dalam kita menyediakan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri jangan kita alpa dengan kewujudan wabak Covid-19 yang masih bebas ‘menyerang’.

Oleh itu, penjagaan prosedur operasi standard masih diperlukan kerana kita tidak mahu Co­vid-19 me­ningkat dengan ketara selepas Hari Raya Aidilfitri kelak.

Penjagaan jarak, menggunakan cecair pembasmi kuman dan pemakaian pelitup muka harus dijadikan amalan yang sentiasa dipraktikkan tidak kira di mana anda berada.

Tiada siapa mahu menyambut hari raya di katil hospital atau di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah jadi teruskan menjaga diri anda dari wabak ini.

Bagi mereka yang tidak dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri ini atas faktor pekerjaan seper­ti pegawai dan anggota pihak ber­kuasa, semoga anda semua tidak bersedih dan bersabar de­ngan ketentuan.

Tugas anda menjaga negara dan keselamatan masyarakat merupakan satu pekerjaan yang sangat mulia serta disanjung tinggi. Sebagai masyarakat awam, kita harus berterima kasih dan menghargai mereka yang menjalankan tanggungjawab yang sangat besar ini.

Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini akan kembali mengukirkan senyuman buat seluruh umat Islam di negara ini selepas kita diduga dengan pandemik Covid-19.

Penantian selepas beberapa tahun akibat ‘dipenjara’ di rumah sendiri yang menyebabkan suasana hiba ketika Hari Raya Aidilfitri sebelum ini bakal berakhir dan diganti dengan ‘kebebasan’ yang baharu seterusnya mengembalikan nostalgia sambu­tan raya seperti dahulu kala.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh negara. Sambutlah dengan penuh bermakna sambil disisipkan keinsafan dalam diri kita semua.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI