fbpx

Scammer guna profil YDP MPK

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kwee Sia menunjukkkan pesanan aplikasi WhatsApp daripada scammer yang menggunakan profil YDP MPK.

KLANG – Satu sindiket penipuan pinjaman wang dikesan menggunakan gambar Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Klang (MPK), Noraini Roslan.

Pengarah Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, ini susulan selepas Noraini menerima beberapa panggilan daripada kenalan termasuk ahli majlis MPK bagi mengesahkan sama ada beliau ingin meminjam wang atau sebaliknya.

“Berdasarkan maklumat rakan-rakan, ‘scammer’ itu menggunakan gambarnya pada profil aplikasi WhatsApp dan meminta rakan-rakan dalam kenalan aplikasi itu sejumlah wang ke dalam akaun RHB (26403000018474) atas nama Collection Enterprise.

“Justeru, laporan polis telah dilakukan sebagai pemakluman kepada umum bahawa YDP MPK tidak pernah meminta wang seperti yang tular dalam media sosial sejak semalam,” katanya selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan hari ini.

Laporan berkenaan dibuat bersama salah seorang ahli majlis MPK, Low Kwee Sia yang turut menerima WhatsApp tersebut.

Justeru, Norfiza meminta orang ramai terutama warga Klang diminta berhati-hati dengan penyamaran ini kerana boleh menyebabkan kerugian pada mereka yang tertipu. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI