PETALING JAYA – Golongan pendidik, khususnya para guru tidak lagi perlu memakai pelitup muka ketika sedang mengajar di dalam kelas bermula 1 Mei ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru dibenarkan untuk menanggalkan pelitup muka ketika sedang menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) di dalam kelas.
Bagaimanapun, murid-murid masih perlu memakai pelitup muka sebagaimana arahan Kementerian Kesihatan (KKM) yang masih mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika berada di dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE