fbpx

Dua beranak maut lori terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lori dinaiki dua mangsa maut dalam kemalangan di Kilometer 20, Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands dekat sini hari ini.

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Seorang wanita dan anak lelakinya berusia tiga tahun maut setelah lori yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di Kilometer 20, Jalan Keramat Pulai menghala ke Cameron Highlands di sini hari ini.

Dalam nahas kira-kira pukul 2.40 petang itu, kedua-dua mangsa yang tersepit maut di tempat kejadian.

Difahamkan, seorang lelaki dipercayai suami mangsa berusia lingkungan 40-an yang memandu kenderaan berkenaan cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai ditugaskan ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi menyelamat.

Katanya, kemalangan melibatkan sebuah lori dinaiki tiga individu di mana kenderaan itu terbabas dan melanggar sebuah kereta.

“Pemandu lori cedera dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut manakala dua penumpang masing-masing seorang wanita dan kanak-kanak lelaki disahkan maut di tempat kejadian.

“Setakat ini, operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit sedang dijalankan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI