PETALING JAYA – Pendakwah bebas, Ebit Lew bermurah hati apabila berbelanja juadah berbuka puasa buat penghuni penjara di Rutan Salemba Jakarta, Indonesia.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, Ebit Lew meluahkan rasa sebak berbuat demikian di samping memberi tazkirah buat penghuni penjara tersebut.
“Sebak sayu rasa semasa jamu belanja buka puasa bagi penghuni penjara Rutan Salemba Jakarta, Indonesia.
“Lebih 6,000 orang di penjara ini, saya juga sempat memberi sedikit tazkirah buat mereka, ramai juga yang kenal saya, hormat dan tekun mendengar,” katanya hari ini.
Dalam pada itu, penceramah itu turut mendoakan supaya tuhan memberi rahmat kepada penghuni penjara terbabit.
“Semoga Allah beri rahmat dan kebaikan buat mereka semua,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE