fbpx

Baki pelarian Rohingya Sungai Bakap dikesan di Selayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairul Dzaimee (dua kanan) hadir dalam Ops Bersepadu warga asing di Pasar Harian Selayang di sini, hari ini. - Foto oleh FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pelarian etnik Rohingya yang melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap, Kedah sebelum ini kini dikesan berada sekitar Selayang.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, bagaimanapun pihaknya kini sedang mengenal pasti lokasi sebenar tahanan terbabit sebelum tindakan diambil.

“Mengikut maklumat yang ada kemungkinan mereka dibantu oleh komuniti mereka sendiri untuk membawa tahanan itu ke kawasan Selayang.

“Kita percaya ada dalam kalangan mereka tahu mengenai selok-belok Selayang dan Kuala Lumpur kerana mereka pernah tinggal di kawasan ini,” katanya ketika ditemui selepas serbuan di Pasar Borong Selayang dan Pasar Borong Kuala Lumpur hari ini.

Tambah Khairul Dzaimee, setakat ini tahanan yang masih bebas adalah 61 orang dan pihaknya bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih giat memburu pelarian yang masih bebas.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada PDRM yang bersama JIM dalam melakukan pencarian bagi mengesan saki-baki tahanan yang melarikan diri dari pusat tahanan terbabit,” jelasnya

Terdahulu, pada 20 April lalu, seramai 528 tahanan di Depot Imigresen Sementara Relau, Sungai Bakap merusuh dan melarikan diri.

Enam daripada mereka maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Manakala seramai 467 orang telah berjaya ditahan semula setakat ini manakala bakinya sedang diburu polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI