fbpx

Jenama gula-gula Kopiko tular angkara Elon Musk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ketika Elon Musk merasai gula-gula Kopiko hingga menyebabkan saham syarikat PT Mayora Indag Tbk turut melonjak naik.

PETALING JAYA- Jenama gula-gula berperisa kopi, Kopiko terus menjadi tular sejak semalam selepas individu terkaya dunia, Elon Musk melahirkan perasaan teruja dan gembira tatkala menikmati makanan yang terkenal di rantau Asia Tenggara itu.

Elon Musk dengan kekayaan sebanyak $AS264.6 bilion itu menikmati gula-gula kopi tersebut ketika melakukan pertemuan dengan delegasi Indonesia yang datang menemuinya baru-baru ini.

Delegasi itu antaranya disertai Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan Indonesia, Luhur Binsar Panjaitan.

Menerusi video tersebut, Luhur Bindar dilihat memberi sepaket gula-gula Kopiko kepada Elon Musk setelah perbincangan antara mereka selesai.

“Ini ialah gula-gula Kopiko,” kata Luhur kepada Elon Musk.

Selepas merasainya, Elon Musk terus mengucapkan ‘very good’ sambil menunjukkan tanda bagus sebagai terjemahan kepada kesedapan gula-gula tersebut.

Susulan video itu, saham jenama Kopiko dimiliki syarikat PT Mayora Indah Tbk yang merupakan pengeluar makanan dan minuman Indonesia sejak 1977 terus melonjak naik buat sementara waktu.

Sementara itu, rata-rata netizen terut memberi reaksi kepada penampilan Elon Musk yang dilihat bersahaja ketika berjumpa delegasi dari Indonesia itu.

Dalam pertemuan itu, Elon Musk hanya mengenakan baju t-shirt bersama seluar jeans selain penampilannya disifatkan seakan-akan tidak mandi memandangkan dilihat terlalu bersahaja dan santai. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI