fbpx

JDT lega belasah Ghuangzhou 2-0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bergson Da Silva membuat tendangan gunting pada perlawanan peringkat kumpulan I Liga Juara Juara menentang Guangzhou FC di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri malam tadi.

ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menghuni tempat pertama Kumpulan I saingan Liga Juara-juara Asia (ACL) selepas menang ke atas Guangzhou FC 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam tadi.

Kemenangan tersebut menyaksikan pasukan bimbingan Benjamin Mora itu kembali merampas kedudukan pendahulu, berkongsi 10 mata dengan gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai FC, namun dibezakan dengan perbezaan jaringan.

Pada perlawanan itu, menyaksikan Bergson Da Silva, Leandro Velázquez dan Arif Aiman Hanapi kembali skuad Harimau Selatan manakala Fernando Forestieri, Mathew Davies, Shane Lowry dan Corbin Ong direhatkan.

Biarpun JDT menguasai permainan, namun kelab itu tidak menemui jalan untuk meruntuhkan benteng pertahanan skuad kendalian Pan Yong He.

Walaupun dibarisi pemain skuad kedua sahaja, Guangzhou dilihat berjaya merantai pasukan tuan rumah yang bergelut untuk mendapatkan gol awal pada perlawanan itu di hadapan 10,352 penonton.

JDT hanya mampu memperoleh keemasan untuk mencipta jaringan setelah Bergson dijatuhkan pemain lawan ketika cuba menyambut sepakan sudut yang diambil Nazmi Faiz Mansor.

Penyerang kelahiran Brazil itu tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti itu biarpun penjaga gawang, Zhang Ji Hao melayangkan badan ke arah yang tepat pada minit ke-16.

Percubaan terbaik Guangzhou hadir pada minit ke-60 namun rembatan Guo Shuai yang berada di sudut sukar hanya sekadar menerjah sisi jaring gol JDT.

Babak kedua perlawanan kedua-dua pasukan gagal menambah gol namun pada masa tambahan Bergson sekali lagi jadi wira apabila menjaringkan gol kedua buat JDT.

Dalam perlawanan terdahulu, Ulsan Hyundai FC menewaskan kelab gergasi Jepun, Kawasaki Frontale 3-2 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin dekat sini.

Leonardo Nascimento, Um Wonsang dan Valeri Qazaishvili masing-masing meledak satu gol membantu kelab Korea Selatan itu merampas kedudukan teratas Kumpulan I manakala gol Kawasaki Frontale dijaringkan Leandro Damiao dan Joao Schmidt.

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad kendalian Toru Oniki jatuh ke tempat ketiga dengan lapan mata menerusi lima perlawanan, tiga mata di belakang Ulsan Hyundai dan JDT.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI