fbpx

Restoran goreng samosa dalam tandas diarah tutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran haram itu sudah beroperasi sejak lebih 30 tahun lalu dengan menyediakan bahan makanan di dalam tandas. - Google

JEDDAH – Pihak berkuasa Arab Saudi menutup sebuah restoran di Jeddah selepas membongkar tindakan pemiliknya yang menyediakan kuih samosa dan snek makanan lain di dalam tandas sejak lebih 30 tahun lalu, lapor laman berita Gulf News.

Serbuan tersebut dibuat berdasarkan maklumat yang diterima ke atas restoran yang beroperasi dalam sebuah bangunan kediaman.

Selain lokasi penyediaan makanan yang menjijikkan, kesemua pekerja restoran juga tidak memiliki kad kesihatan dan melanggar undang-undang bangunan kediaman.

Menurut akhbar tempatan, Okaz, restoran itu didakwa turut menggunakan daging, ayam dan keju yang sudah tamat tempoh lebih dua tahun lalu. 

Kehadiran makhluk perosak, serangga dan tikus turut dikesan di tapak tersebut.

Pihak perbandaran berkata, ia telah menutup beberapa restoran haram selain merampas dan memusnahkan lebih daripada satu tan bahan makanan sejak awal tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI